2013年2月16日 星期六

GENDERANG PERANG TERUS DIPALU! BELIA BN GEGAR KERUSI PENGERUSI PKR NEGERI SEMBILAN, LAWAN SKUAD AMAL PAS!

Program Konvoi 1 Malaysia dan Pelancaran Jentera Pilihanraya MAYC di Telok Kemang 16 Februari 2013 memperlihatkan lebih 1500 pemuda dan pemudi MAYC bersatu hati mahu membantu Barisan Nasional bagi mencapai kemenangan mutlak BN di Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain seluruh Malaysia. 

Pemuda-pemudi ini berikrar bukan sahaja memberikan sokongan 100% kepada Barisan Nasional semasa PRU 13 malah menjadi pemangkin dan sayap tambahan kepada jentera Pilihanraya Barisan Nasional! 

Program sehari di Pantai Telok Kemang yang juga menarik minat masyarakat yang sedang berkelah di PD termasuk lah para pelancong ternyata memberikan gegaran kepada Ahli Parlimen Telok Kemang , Dato Kamarul Bahrin (Pengerusi PKR NSDK) yang dijangka tidak akan lagi bertanding di kawasan berkenaan dan sedang mencari Kerusi yang lebih selamat bagi dirinya. 2 daripada 4 Kerusi DUN yang dimenangi PKR di Negeri Sembilan dan 1 Kerusi Parlimen dijangka gugur pada PRU 13 di atas reputasi buruk mereka dan kebangkitan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional di dun-dun berkenaan di Negeri Sembilan!  













沒有留言:

張貼留言