2013年2月25日 星期一

KENALI MANIFESTO TEMBERANG RAKYAT!!

Pakatan hari ini berjanji dan bersumpah dengan nama tok nenek dia akan 'mereformasikan SEMUA UNDANG-UNDANG berkait dengan pembalakan dan kawal selia pembalakan' .Reformasi kepala bapak ko! 







Berita Masalah Pembalakan


Masalah kemusnahan alam sekitar dan 'kesengsaraan' penduduk di Baling, Kedah akibat pembalakan berleluasa di Hutan Simpan Gunung Inas sejak dua tahun lalu seolah-olah dibiarkan begitu sahaja meskipun pelbagai pihak sudah banyak kali menyuarakannya.

Kerajaan negeri yang meluluskan aktiviti pembalakan itu dengan alasan untuk memajukan kira-kira 5,000 hektar tanah di hutan simpan berkenaan bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera, menganggap tiada isu berbangkit kerana ia dibuat mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan. 

Sedangkan kesan buruk akibat kegiatan berkenaan semakin hari dikatakan semakin serius.

Cukup menyedihkan melihat Hutan Simpan Gunung Inas, di sini yang merupakan tulang belakang sistem ekologi bagi penduduk daerah Kedah Tengah dan Selatan menghadapi kemusnahan akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal.

Hutan yang dahulu dilitupi dengan rimbunan menghijau pelbagai jenis pokok dan tumbuhan menjadi semakin gondol ekoran aktiviti pembalakan atas alasan untuk memajukan tanah.

沒有留言:

張貼留言