![]() |
ni apa ni , Nik Aziz??! Binatang ke? yang beri duit tu lebih dari binatang ke? |
Setelah dihentam bertubi-tubi rakyat dan media, akhirnya Nik Aziz mengaku bahawa sebenarnya dia tidak perlu meminta maaf akan kenyataannya yang menyamakan penerima BR1M umpama Haiwan sebaliknya menyatakan sebenarnya salah UMNO yang memberikan BR1M bantuan berupa kewangan RM 500 untuk membeli barang keperluan harian rakyat diumpamakan macam bagi makanan pada binatang! Itulah yang MHS dapat cerakinkan dengan kenyataan terbaharu Nik Ajiz ni.

Siapa sebenarnya binatang? Mengemis kepada DAP untuk mendapatkan Putrajaya adalah lebih BINATANG daripada Binatang! Cakap orang lain binatang tapi, Bal Hum ADHAL! maksudnya "Mereka Lebih buruk daripada Binatang!"
PETIKAN BERITA!
KOTA BHARU 23 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan kritikan seluruh rakyat negara ini apabila mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat umpama 'haiwan.'
Beliau yang didesak pelbagai pihak supaya memohon maaf sebaliknya menuduh UMNO yang telah meletakkan taraf rakyat umpama haiwan melalui pemberian pelbagai jenis bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0.
Menteri Besar itu dalam nada tegas turut mempertahankan perumpamaan yang diberikannya sebelum ini iaitu sambutan orang ramai terhadap bantuan Kerajaan Pusat sama dengan haiwan yang akan menghampiri manusia sekiranya makanan haiwan itu disediakan.
Pada masa sama beliau berkata, rakyat sememangnya berhak untuk mengambil bantuan BR1M kerana ia adalah duit kerajaan dan bukan milik UMNO.
沒有留言:
張貼留言