2013年1月16日 星期三

POST MORTEM #KL112 :Mengapa tidak menjadi seperti MESIR?!



Gambar di atas menunjukkan pembangkang tiada modal lagi untuk membantai pihak kerajaan dengan isu yang konkrit dan bersifat Kerajaan . Niat pembangkang yang mahu meniru kebangkitan Mesir untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik tidak mendapat perhatian MAJORITI Rakyat Malaysia. KENAPA?

1.  51% rakyat Mesir berada di tahap kemiskinan, di Malaysia kurang 14% pada awal tahun 2012 dan ianya menunjukkan penurunan dengan pelbagai program intervensi Kerajaan eg: Program Basmi Kemiskinan, Program Azam , Program ICU, Program Kedai Rakyat , BR1M 1 & 2 dan sebagainya.  

2. Pengangguran dan Inflasi di Mesir menunjukkan 30% , namun di Malaysia kekal kurang 3%. Malah Golongan muda dilatih oleh Agensi-agensi Kerajaan dan Badan-badan Berkanun. Pihak Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh YB Khairy Jamaludin juga giat menjalankan Program Karnival Kerjaya bagi membantu golongan ini mencari kerja. Kerajaan juga mengurangkan inflasi dengan subsidi kepada barang-barang asas agar rakyat tidak terbeban selain penstabilan ekonomi komoditi dan barangan eksport Malaysia ke luar..  

3. Rakyat Mesir dihimpit dengan tekanan ekonomi yang serius sedangkan pemimpin dan tentera kaya raya. Pihak tentera Mesir lagi kaya daripada rakyat biasa. Di Malaysia, pemimpin pembangkang yang belum berkhidmat dengan kerajaan sudah pun disogok menggunakan jet mewah dengan sumber kewangan yang tidak diisytihar. Malah ahli parlimen pembangkang di Selangor yang baru 1 penggal menjadi wakil rakyat telah mengumpulkan banyak harta dan kenderaan mewah , contoh terbaik Zuraidah Mak Lampir(Type jer 'Zuraidah Mak Lampir' kat google kalau nak tau cerita lanjut).  

4. Rakyat yang berfikiran RASIONAL masih MAJORITI berbanding yang beremosi di Malaysia. Ini termasuklah dalam kalangan penyokong pembangkang(MHS bagi kredit sedikit kat mereka yang rasioanl di pihak pembangkang yang tidak mahukan negara dihuru-harakan oleh Pakatan yang berEMOSI. Kalau ramai di antara mereka yang berEMOSI, rasanya negara akan lebih cepat huru - hara!  

Disebabkan itulah segala usaha pihak pembangkang yang kononnya zuhud  di Malaysia yang mahu 'mencipta' kebangkitan yang 'Artificial' (kebangkitan yang dibuat-buat) dengan harapan dapat menggulingkan kerajaan tidak berhasil mendapat keyakinan MAJORITI rakyat Malaysia yang rasional. Hanya mereka yang tidak rasional sahaja yang sanggup berpanas berhujan dengan membawa anak mereka bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang! 

PSSSsst: Perlu diingat, kebangkitan rakyat di Mesir adalah kebangkitan yang tidak dirancang dan ianya adalah SPONTAN disebabkan faktor-faktor di atas BUKAN dirancang dan bersifat ARTIFICIAL!


沒有留言:

張貼留言