2013年1月19日 星期六

KENYATAAN WAJIB #LISTEN #LISTEN #LISTEN: 10 TAHUN LAGI PM BUKAN MELAYU DILANTIK!

Disebalik kata-kata bayangan PAS Kelantan yang membayangkan dalam jangka 10 tahun ini, Perdana Menteri MALAYSIA masih kekal dalam kalangan Melayu, tidakkah itu juga membayangkan bahawa PAS Kelantan SEOLAH-OLAH 'rela' untuk memberi hak menjadi PM kepada Bukan Melayu untuk menjadi KETUA NEGARA merangkap KETUA AGAMA kepada majoriti orang Melayu ISLAM di Malaysia dalam masa 10 tahun lagi? Sebelum ini,  Tidak dapat tidak, parti yang optimis untuk meletakkan bangsa mereka menjadi PM adalah Parti Chauvisme DAP!. 

MHS membayangkan polemik politik di antara Pas-DAP ini masih membelenggu kedua-dua parti ini. PAS mahu dilihat lebih liberal terhadap tuntutan-tuntutan mengarut DAP demi melihat Putrajaya dalam genggaman mereka.

Persoalannya:  Kenapa PAS perlu berbuat demikian kalau PAS cukup yakin dapat menawan 'majoriti' hati orang MELAYU dalam PRU? Atau keyakinan PAS pudar setelah hentakkan 'TRANSFORMASI' NAJIB telah menyebabkan orang-orang Melayu berpuas hati? Mengapa PAS perlu tunduk??! 

PENYELESAIAN: PAS yang lupa bahawa partinya itu didokong oleh semangat ISLAM dan Melayu perlu 'diajar' dalam PRU 13 ini. Orang-orang Melayu Islam perlu mengajar parti PAS ini dengan menolak 100% undi kepada mereka agar PAS sedar perpaduan Islam hanya terletak pada gabungan PAS-UMNO bukan PAS-DAP! 

Petikan Akhbar kenyataan PAS : 

KOTA BHARU- Sama ada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara nanti, mahupun kepimpinan sedia masih kekal, Pas Kelantan membayangkan dalam jangka 10 tahun ini perdana menteri masih kekal dalam kalangan orang Melayu.

Bagi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun tersebut orang Melayu tidak akan menerima orang bukan Melayu untuk memegang jawatan utama  itu.

Mohd Amar berkata, hal ini kerana sensitiviti orang Melayu yang sekian lama dibina dengan semangat agama dan semangat bangsa sejak azalinya lagi.

�Sebab itu tidak akan diterima, sebab itu juga DAP tidak mahu menjadi perdana menteri. Ini kerana mereka memahami psikologi politik orang Melayu,� katanya kepada media semalam selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Katanya, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di negara ini kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat perkara itu daripada menjadi kenyataan.

Dalam isu sama, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah menegaskan, pihaknya tidak mempertikaikan peruntukkan perlembagaan yang sedia ada dalam soal tersebut.

�Ini memang termaktub dalam perlembagaan, tidak sebut syarat siapa yang boleh menjadi perdana menteri. Cuma terkandung sesiapa ahli dewan yang mendapat kepercayaan majoriti daripada orang lain boleh dilantik untuk jawatan itu.

�Perlembagaan jelas tidak halang Cina, India mahupun Kadazan menjadi perdana menteri,� katanya.

Ditanya sama ada perlembagaan itu akan dikekalkan sekiranya PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Amar menjelaskan, perkara itu masih belum dibincangkan dan soal itu tidak berbangkit.

Semalam, beliau turut menyempurnakan pelepasan Konvoi R peringkat Kota Bharu bermula dari Dataran Ilmu dan berakhir di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh.





沒有留言:

張貼留言