2013年1月19日 星期六

BANGSAT DAP! PAS TAK AKAN TARIK BALIK!


Karpal Singh yang sememangnya bangang lagi membangangkan apabila menggesa Presiden PAS, HADI Awang untuk memujuk Majlis Syura PAS supaya menarik balik keputusan Tidak Membenarkan Kalimah Allah digunapakai bukan Islam adalah tindakan keterlaluan mencampur urusan dalaman PAS. 
Nasib baik Majlis Syura dengan adanya Harun Din dan Lain-lain masih lagi berpijak di bumi nyata, tidak mahu menjual hukum agama sewenang-wenangnya. Kalau tidak, demi Putrajaya, Mat SABU sudah pasti dengan mudah 'mengangguk' sahaja pendirian DAP terhadap  Hukum Hakam ISLAM yang ditentangnya. 
Ingat wahai PAS, Perpaduan Islam hanya wujud dalam UMNO-PAS , bukan dalam pakatan PAS-DAP! 
Petikan Akhbar -Kenyataan PAS!
Bersatulah Atas Nama Islam.
Islam itu Tinggi, tiada agama yang lebih tinggi daripada ISLAM! 
SHAH ALAM � Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

�Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

�Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka,� katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.

�DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.


沒有留言:

張貼留言