2013年1月7日 星期一

BN MENANGI 60% ++ SOKONGAN RAKYAT BERBANDING PAKATAN PEMBANGKANG!

Seremban 8 Januari 2012 : Menteri Besar Negeri Sembilan mengakui tahap sokongan semasa rakyat di Negeri Sembilan terhadap Barisan Nasional kini adalah 60% ++ berbanding sokongan terhadap Pakatan Pembangkang. Beliau mengulas perkara ini  di dalam ucap tamanya di dalam Majlis Perjumpaan Bersama JKKK/JKKK Kg Baru /KRT / Ahli-ahli Majlis PBT dan Kepimpinan Akar Umbi Masyarakat dengan YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Muhyiddin B Hj Mohd Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 

Antara tetamu dari kalangan NGO dan pemimpin setempat yang hadir di Hotel ALson Klana Resort Seremban pagi tadi.. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir, meskipun menambah sasaran awal adalah seramai 1400 orang sahaja untuk hadir ke majlis ini namun kehadiran seramai lebih 2000 pemimpin tempatan dan NGO membuktikan pemimpin akar umbi memberikan sokongan penuh terhadap Kerajaan Barisan Nasional. 

Beliau juga memberikan jaminan bahawa Barisan Nasional mampu untuk mengekalkan Kerajaan Negeri Sembilan dan sedang berusaha untuk mendapatkan kemenangan 2/3 di peringkat DUN di Negeri Sembilan dan membantu Kerajaan Persekutuan untuk mencapai sasaran 2/3 kemenangan di peringkat Parlimen dengan memenangi Parlimen yang tidak dimenangi BN semasa PRU 2008. MHSonline- 

沒有留言:

張貼留言