2013年4月1日 星期一

SUBJEK MORAL DAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAKAL DIBUANG?!

Moral kepimpinan yang teruk dengan pelbagai skandal dan masalah peribadi yang berkiblatkan nafsu masih lagi diterima rakyat merupakan satu petanda runtuhnya moral rakyat dan pegangan agama rakyat negara ini. Sikap endah tidak endah dan tidak ambil kisah untuk terus mendukung pimpinan yang songsang merupakan satu petunjuk yang tidak baik kepada rakyat dan negarara. 

Perkara yang boleh kita jangka ini bakal melanda di dalam masyarakat.

1. Zina dan Khalwat berleluasa
2. Liwat dianggap sebagai satu fenomena biasa masyarakat zaman moden
3. Pemilihan pemimpin tidak berlandaskan kepimpinan moral dan TIDAK berunjangkan keberadaan pegangan agama yang tinggi.
4. Pemimpin yang bertopengkan agama demi mengejar harta dan kuasa semakin ramai sehingga banyak menyesatkan umat. 
5. Ceramah-ceramah agama ditukar kepada ceramah-ceramah menghina, mencaci, menfitnah dan mencerca demi mendapatkan kuasa dan pangkat. 
6. Sanggup bersekongkol dengan musuh agama demi meraih keuntungan yang sedikit. 

Akhirnya, jikalau masyarakat Islam sendiri tidak memilih pemimpin dari kaca mata moral dan Islam, kelak musuh-musuh Islam dari LGBT dan Anti Agama akan memansuhkan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di Malaysia. 

Nauzubillahi min zalik!

-MHS-

沒有留言:

張貼留言