2013年4月12日 星期五

MU ONLINE TUTORIAL

Mu Online Tutorial


Hi semua, ada sesiapa yang suka main game online ? Tengah bosan� ni MB ada cuba main game online ( sebenarnya game ni sudah lama dan antara game online yang pertama lahir di muka bumi ni tapi masih mampu bertahan dengan pemain yang ramai di peringkat global )!! Game ni ala� game Diablo 3 kalau MB tak salah , tapi MB cuma main di private server sahaja dan apa yang best abg MB beritahu server sudah bertahan selama bertahun-tahun tanpa sebarang server wipe ( jadi tak perlu risau barang atau char kena buat baru ) walaupun sudah update season berkali-kali!


Mula-muka sila register akaun disini dahulu dan dibawah adalah gambar contoh ruangan untuk register akaun baru =)


Diatas adalah contoh MB main isi sahaja hehe selepas selesai register kekawan boleh login dan lihat contoh gambar dibawah untuk langkah seterusnya oki -)



Kekawan boleh lihat disebelah kiri ada button Download terus diklik button tersebut dan akan keluar page seperti gambar dibawah =)


Seperti contoh gambar diatas kekawan boleh pilih cara� Download yang kekawan nak. Selepas kekawan selesai download di destop kekawan akan ada 2 benda ini terus kekawan click HeroeslandUpDate contoh seperti gambar dibawah =)




Bila kekawan click HeroeslandUpDate ( contoh seperti diatas icon hijau bulat ) akan keluar page seperti diatas apa yang kekawan perlu buat adalah klik next sahaja untuk auto download server update. Bila selesai update akan keluar launcher seperti dibawah =)


Bila keluar launcher seperti di atas ada butang option untuk kekawan ejas dan win mode ( MB cuba main guna win mode ) bila selesai atau memang kekawan tak mahu ejas apa� di butang option terus klik butang GAME START=)


Sedang loading ni -_-! hehe


Bila selesai loading kekawan diberi pilihan untuk bermain di server 1 atau server 2. Server 1 adalah non PVP ( kalau kekawan suka bermain secara aman tanpa jadi mangsa buli boleh bermain di server 1 oki ) dan server 2 adalah server PVP ( bila� masa orang lain boleh kill kekawan dan kekawan juga boleh kill sesiapa sahaja , mudah press CTRL dan target sesiapa sahaja - guna skill ok jangan main pukul tangan kosong sahaja hehehe )


Selepas login kekawan click butang Create terus kekawan boleh pilih beberapa char yang berada dalam senarai , untuk char pertama kekawan akan diberi 1 set FO ( Full Option ) dan juga weapon FO ( Full Option ) dan stats sudah automatik berada pada 32 767 ( Max Stats 65 535 ). Penerangan lebih lanjut seperti gambar dibawah =)


Akaun MB dah ada 3 char tapi untuk tutorial ni MB buat 1 char baru tapi dapat juga 1 set FO ( Full Option ) jadi kekawan boleh apa yang di panggil FO seperti gambar diatas kan ( terdapat banyak semua option pada setiap barang )!! Kekawan cuma press i ( I ) untuk lihat iventory kekawan  dan press c ( C ) untuk lihat stats kekawan  ( ingat Max stats 65 535 ).


Keluar saja dari town kekawan boleh mula training untuk buat skill kekawan kena tekan right click ( skill ni auto update ikut lvl kekawan jadi tak perlu risau nak cari buku� skill ). Untuk check skill kekawan boleh lihat dalam gambar diatas mula dari sebelah kanan selepas beberapa kotak tu ada bebola bulat warna biru ( tu mana bar hehe ) lepas tu ada macam bentuk tiang warna hijau kan? Yeps ruang skill ada sebelah tiang warna hijau tu bila kekawan klik saya kotak yang sebelah tiang warna hijau tu akan keluar senarai skill seperti contoh diatas. MB guna char cleric ( Cleric ni campuran blade+Magic jadi boleh guna kedua� skill char tersebut tapi bukan semua skill la ) . Paling mudah nak lvling guna Cleric ni untuk permulaan MB guna skill yang bernama Evil Spirit ( skill makan keliling ) bila cukup lvl untuk open skill tu . Owh untuk memudahkan kekawan melihat item� yang drop kekawan cuma perlu press ALT sekali sahaja ( sambil training tu jangan lupa kutip Gold yang drop ok )


Untuk pergi ke MAP lain kekawan cuma press m ( M ) selepas itu akan keluar senarai seperti gambar di atas. MB terus press m ( M ) dan klik di ruangan Map ke aida1 ( nama Map tu aida1 ) , lepas tu secara automatik char kekawan akan dibawa ke map aida1. Kenapa MB datang ke aida1 ?? MB nak kutip gold dulu untuk char permulaan ni sebab di aida1 nilai gold yang drop adalah tinggi, sekali kutip 1 tompok gold pun dah banyak. Harus ingat bila char kekawan sudah lvl 400 , kekawan memerlukan 300 juta ( 300 000 000 ) untuk reset dan menjadikan char kekawan kembali menjadi lvl 10. Ada yang rasa char akan jadi lemah sebab dari lvl 400 turun jadi lvl 10 ?? Disini biar MB terang char kekawan tidak akan jadi lemah malah lebih kuat kerana setiap stats point akan kekal begitu juga dengan skill jadi jangan risau 

Note lambat la kill skit dekat aida1 dan jika kekawan nak cuba Map lain pun boleh cuma perlukan 300 JUTA untuk setiap reset 


Jika iventory kekawan tidak cukup ruang nak simpan barang kekawan boleh ke Loren Market disitu terdapat Bank kekawan. Press M lihat dibahagian atas ada Loren Market ok =)

Lepas kekawan sudah lvl 400 dan mempunyai gold sebanyak 300 000 000 kekawan boleh reset char kekawan. Bagaimana nak reset char ?? Ok kekawan kena login di website terlebih dahulu selepas itu click My Account , selepas itu scroll kebawah dan ada ruangan seperti gambar dibawah


Seperti gambar diatas kekawan dapat lihat tulisan berwarna kuning iaitu Level Reset ( lihat dahulu kalau kekawan ada banyak char pilih la yang mana 1 kekawan nak reset hehe )

Jika ada yang kekawan masih belum paham cuba lihat gambar diatas ada dibahagian bawah Online ( sebelah  macam gambar orang pakai head phone ) . kekawan cuma perlu klik disitu dan chat dengan GM ( Game Master ) tentang permasalahan kekawan . GM semua ok jadi tidak ada istilah dianak tirikan.
























沒有留言:

張貼留言