2013年4月13日 星期六

ISU VIDEO, PEMIMPIN BN TIDAK ADA KENA MENGENA, TIDAK DESAK 'DIA' LETAK JAWATAN !#PRU13 #GE13





KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kontroversi video seks agar mengundurkan diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, hari ini.

Beliau berkata, pendedahan video berunsur seks membabitkan beberapa pemimpin pembangkang akan menunjukkan tahap kebijaksanaan pembangkang menyelesaikan kontroversi panas tersebut.

Sehubungan itu katanya, rakyat juga menjadi penilai untuk memilih pemimpin.

"Kita tak desak pemimpin pembangkang atau (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan sesiapa yang terlibat dalam video seks untuk letak jawatan.

"Mereka ada disiplin parti masing-masing, kita serah kepada rakyat untuk buat keputusan," kata beliau pada sidang media di PWTC di sini hari ini.

Mengenai individu dalam video itu, Ahmad menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Menurut laporan Bernama lewat malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.



沒有留言:

張貼留言