2013年4月22日 星期一

Chegubard Ditampar Rakan Pakatan Sendiri??!!!



Nampaknya kerjasama ' adik-beradik' pakatan telah bertambah parah apabila Chegubard meluahkan perasaan sedihnya apabila ditentang oleh penyokong sendiri....


Chegubard Sebak Ditampar Ahli Pas Waktu Penamaan Calon

Mynewshub � SEMALAM kami mendedahkan kejadian bagaimana calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dipukul oleh ahli Pemuda Pas sewaktu hari penamaan.
Ramai yang tidak percaya kerana �mana mungkin Pas akan bertindak begitu pada rakan komponennya�.
Ternyata hari ini semuanya terbongkar apabila Chegubard sendiri meluahkan perasaan sedih yang menimpa diri serta keluarganya dalam insiden tersebut.
(klik DI SINI untuk mengetahui kisah Chegubard dipukul)
Untuk rekod, PKR meletakkan Chegubard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah.
PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.
Untuk itu, Chegubard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.
� Hari ini tak mungkin saya sebut secara terus terang�tapi tak mengapalah�saya sangat sebak�saya boleh lawan UMNO dan Barisan Nasional secara berdepan tapi saya tak ada pengalaman bergaduh dengan �adik beradik� sendiri.
� Pagi ini saya disambut dengan caci maki, saya ditolak, muka saya ditampar..isteri saya juga ditolak,� katanya.
Sebenarnya, Chegubard kena renung dan muhasabah diri kenapa dia diperlakukan demikian.
Semua orang tahu Chegubard agak ekstrem dalam perjuangan politiknya hingga beberapa kali terlibat dalam perhimpunan haram termasuk ditahan kerana bertindak agresif dengan pihak polis.
Jadi kalau sikap begitu sudah tertanam dalam jiwanya, dia tidak boleh marah atau sedih kenapa rakan-rakannya dalam Pas boleh melakukan tindakan yang sama terhadap dirinya.
Lagi satu, kalau betul dia menganggap Pas adalah sahabat dan �adik beradiknya�, Chegubard tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh Pemuda Pas SECARA TERBUKA terlibat dalam insiden tersebut.
Bukankah lebih bijak dan lebih adil sekiranya dia laporkan kejadian itu terus kepada polis dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenainya.
Siapa Chegubard untuk awal-awal lagi menuduh Pas dalang di sebalik semua ini?
Klip dibawah macam Chegubard �sangat mulia� kerana sanggup menghalalkan perbuatan mereka yang memukulnya, tetapi kalau diteliti dengan lebih dekat, Chegubard sebenarnya masih menyimpan dendam kerana membuat tuduhan liar kepada rakan dalam parti komponennya itu.
Kalau begini sikap yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat, maka lupakanlah Putrajaya.
Slogan INI KALILAH itu lebih baik ditukarkan saja kepada � LAIN KALI SAJALAH�.
Kredit to AIDC

沒有留言:

張貼留言