2013年4月4日 星期四

PUSAT MEDIA BN DI PWTC DIBUKA!! #GE13



KUALA LUMPUR 4 April - Petugas media kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan melakukan tugasan masing-masing di Pusat Media PRU yang disediakan Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, pusat media yang terletak di bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC itu akan dibuka mulai 9 pagi hingga 2 pagi setiap hari hingga tamat PRU-13.

"Kita sudah lengkapkan dengan segala kemudahan dan maklumat terkini untuk media centre kita, ini juga bagi membolehkan rakyat diberi maklumat terkini," katanya kepada Bernama.

Selain kemudahan Internet, pusat media itu menyediakan kemudahan ruang kerja yang mampu memuatkan lebih 70 wakil media pada satu-satu masa dan bilik sidang akhbar.

Pusat media itu turut menyediakan hidangan makanan dan minuman kepada petugas media. - BERNAMA


p/s : Lepas ni mesti PR tiru ..... 

沒有留言:

張貼留言