2013年4月1日 星期一

PAS NEGERI SEMBILAN BANTAI KENYATAAN HINA NABI MUHAMMAD OLEH KHAIRUL FAHMI

 
Laporan Polis PAS NS terhadap penghiinaan Rasullullah oleh Pen SU Pemuda PAS ?
Seremban -Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Mohamaed Taufek Abd Ghani menganggap kecaman demi kecaman yang diterima oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Khairul Fahmi Mat Som sebagai satu pengajaran berguna buat dirinya. 

Menurut Mohamad Taufek, kenyataan yang dibuat Khairul Fahmi menerusi akaun twitternya itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya berharap kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna untuk beliau agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. -Laporan Sinar Harian- 


Selaku umat Islam , MHS rasa kesal dengan tindakan segelintir ahli politik songsang yang sanggup mempermainkan nilai agama dan seorang Rasullullah di dalam agenda politik duniawi mereka yang sempit. Bagi PAS NS, MHS puji dengan ketegasan saudara Pesuruhjaya PAS Negeri ini dan berharap ketegasan ini diteruskan membenteras perkara-perkara songsang yang dibuat rakan seperjuangan mereka di dalam PKR dan DAP demi Islam dan Tanahair! 

Kenyataan biadap!

沒有留言:

張貼留言