顯示具有 pm 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 pm 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年11月17日 星期六

BILA HADI SANGGUP JADI KHADAM UNTUK JADI PM, @anwaribrahim TAWARKAN APA PULA?

BILA HADI SANGGUP JADI KHADAM UNTUK JADI PERDANA MENTERI , ANWAR TAWARKAN APA PULA?

Bermacam tawaran dan perbandingan diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan pembangkang untuk mendapatkan jawatan yang disandang oleh Najib Razak ketika ini. Terkini, setelah akar umbi PAS menyatakan Presiden mereka lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Walaubagaimanapun Lim Kit Siang sebelum itu menyatakan bahawa Anwar Ibrahim lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri. 

Persoalannya: 
1. Ingatkan kerusi panas ini sudah dipersetujui untuk diberikan kepada Prime Minister In Waiting kita iaitu Saudara Anwar, rupanya belum putus betul-betul lagi. Maka , siapa yang terlebih berangan sebenarnya? 

2. Adakah DAP khuatir jika jawatan panas ini diberikan kepada #PAS , semua hidden agenda DAP tidak akan berjaya? Umum mengetahui, Karpal Singh pernah berkata "Anwar's ball is in my pocket, i can squeeze it at any time! "?! 

3. Adakah percaturan politik mereka berjaya tanpa persetujuan rakyat? Habis rakyat ini apa? Saling tidak tumpah perjanjian di antara Kerajaan Siam dengan Kerajaan British pada 1909 yang menunjukkan negeri-negeri Tanah Melayu dipecah dua tanpa ada penglibatan pemimpin dan rakyat Tanah Melayu.  





PETIKAN BERITA:
PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.
"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat.
"Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.
Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian Januari lalu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.
Pagi tadi, perwakilan Dewan Ulama menegaskan, jika ada individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya  Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah Abdul Hadi sendiri.
"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.
"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya.
Menjawab pertanyaan media, Abdul Hadi menjelaskan, dalam Pas, pimpinannya tidak pernah diajar untuk meminta-minta jawatan dalam parti politik.
"Saya sebagai seorang pimpinan yang diajar dalam parti Islam, kita tak boleh minta untuk jadi pemimpin," namun katanya, jika diberikan tanggungjawab itu, "kita anggap ini sebagai satu amanah yang berat, amanah yang besar."
Malam tadi penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat pengisytiharan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu ke Putrajaya selepas PRU13.
Menurut Kit Siang, Anwar adalah pemimpin dari pembangkang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya doa di dalam video ini bukan ditujukan kepada UMNO, sepatutnya ia ditujukan kepada #DAP!



2012年11月16日 星期五

Tatkala PAS MEMBURUKKAN #NajibRazak DAN ORANG UMNO , #Najib Razak teruskan....

Mengulas kata-kata Nik Aziz dan tuduhan "keluar Islam" yang dilemparkan kepada partinya, Dato' Seri Najib hanya menjawab, "perkara itu tidak patut diungkapkan dab tidak Islamik " 

Kita imbas Usaha Dato' Najib..

2009  Mengambil alih Kerajaan yang lemah  ... 

 Melihat kepada hubungan di antara kaum sedikit meruncing, banyaknya kebangkitan pendesak yang mewakili kaum masing-masing , Najib pun ambil pendekatan ini.. .
 Ingin merancakkan ekonomi negara yang sedikit merosot pada 2008 dek akibat iklim ekonomi dunia yang tidak menentu...Najib mulakannya dengan ini... 


Sistem Keselamatan Sosial yang perlu diperkemaskan , Najib gerakkan ini.... 

Malaysia dikaji terperangkap dengan middle income syndrome , Negara dan rakyat perlu buat keputusan sama ada mahu terus terperangkap atau pun tidak , Najib memperkenalkan ini.... 

Ingin memacu negara ke sebuah negara maju dan mahu merealisasikan impian 28 juta rakyat Malaysia yang ingin maju pada tahun 2020, beliau lakukan ini... 
Najib terjemahkan pada BAJET 2010, 2011 dan 2012 sehingga menganggapnya sebagai bajet Pilihanraya...walau apa pun tohmahan orang, Najib dah  berjaya buktikan... 

Najib tahu, kekuatannya ada pada kejayaan projek ayahandanya.... FGV diperkenalkan. Ingatlah , Najib tidak akan mempersiakan FGV,masakan dia mahu gali kubur politiknya di hasil tangan bapanya sendiri? 


Ramai di antara mereka bergembira... ALHAMDULILLAH... 

Ada juga kelompok kecil yang tidak berpuas hati. Tapi ini adalah adat demokrasi...

Asalkan ramai yang gembira dan terima manfaat, malah yang tidak gembira dengan perkara ini pun terima manfaatnya... 


Semua orang gembira lagi.. 


penjawat awam gembira... 


cina gembira... 

india pown gembira... 



RAMAI yang nak salam....


Semoga terus menggembirakan dan mensejahterakan rakyat Najib.... 


Perjuanganmu belum lagi selesai....