2013年5月9日 星期四

POLITIK CINA NSDK: DR YEOW TARIK DIRI, ANTHONY LOKE SAKIT LEPAS INI!!

Anthony Loke banyak cakap. Nilai masyarakat Cina hanya memilih mereka yang pandai  cakap sahaja? 

Satu sumber mendedahkan bahawa Dr Yeow calon BN yang tewas di Parlimen Seremban tempoh hari sudah semakin tawar hati untuk berpolitik dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Dr Yeow sebelum ini merupakan ketua pasukan kerja amal di Hospital Mawar Seremban. Dr Yeow banyak berurusan dengan pesakit untuk membantu mereka tanpa sebarang bayaran. Kerja-kerja amal seperti ini banyak dilakukan oleh masyarakat cina dalam masyarakat setempat untuk membantu kaum cina yang kesusahan.

Tetapi sejak kekalahan itu, Dr Yeow "mungkin" akan menarik diri dari melakukan kerja amal seperti itu. Ini mungkin kerana faktor dikhianati oleh bangsa sendiri. Selama ini Dr Yeow meluangkan banyak masa, tenaga dan wang untuk membantu kaum cina tetapi kaum cina membalasnya dengan menikam belakangnya semasa PRU lepas. Mereka memberikan undi kepada Anthony Loke yang hanya pandai menghasut tetapi tidak pernah langsung menjenguk muka untuk membantu masyarakat setempat. Apa yang Anthony Loke mampu buat hanya berceramah dan berdemo.

Seandainya benar Dr Yeow ingin menarik diri, maka selepas ini kemanakah masyarakat cina yang memerlukan bantuan di Hospital Mawar harus berurusan? Dengan Anthony Loke yang hanya pandai bercakap tetapi kerja tak buat?

Adakah baru sekarang masyakat cina mahu berfikir tentang kebaikan dan keburukan tentang mengundi calon yang wajar? Jadi selepas ini masyarakat cina yang mahu dialisis percuma di Hospital Mawar silalah cari Anthony Loke yang perasan dirinya hero masyarakat cina.


沒有留言:

張貼留言