2013年5月9日 星期四

MALAYSIA KEKAL TAMPUK PEMERINTAHAN , BUKTI JELAS MASYARAKAT MASIH RASIONAL!

Gendang Pilihanraya yang sudah melabuhkan tirainya cukup membuatkan pejuang-pejuang politik tersenyum dengan kepelbagaian warna kejadian dan insiden yang berlaku sepanjang tempoh genderang perang ditiup bagi menandakan setiap parti politik bersumpah akan berjuang habis-habisan.

Tatkala emosi dimainkan di setiap genap lapisan masyarakat, MHS khuatir juga bahawa pilihan rakyat akan bergantung kepada emosi semata-mata dan ianya tidak akan menyihatkan sosio politik dan lanskap budaya negara. Apabila sebuah kerajaan moderat yang rasional ditumbangkan dan digantikan dengan sebuah kerajaan yang penuh dengan sikap emosi dan amarah.

Ternyata , rakyat Malaysia masih rasional dan memilih sebuah kerajaan rasional yang berpaksikan liku-liku sejarah dan perlembagaan. Tahniah Malaysia! Dengan ini, kita akan lihat Malaysia kembali ke landasan pembangunan dan kemajuan yang unggul bagi tempoh 5 tahun mendatang.


沒有留言:

張貼留言