2013年1月2日 星期三

Inilah Lelaki Di Sebalik Logo NBA



Sedikit yang mengetahui bahawa siluet dalam logo NBA adalah bintang NBA sepanjang masa. Dia adalah Jerry West, pemain Los Angeles Lakers.

Pemain yang kerap digelar Mr Clutch ini disebut-sebut sebagai guard terbaik dalam sejarah NBA. Bukan hanya kerana tinggi badan dan aspek atletisnya, melainkan juga kerana seringnya insiden berdarah yang menimpa dirinya.

Sekurang-kurangnya sembilan kali Jerry West mengalami patah tulang hidung ketika bertanding. Ia juga tak jarang harus dipapah, bahkan ditandu apabila keluar dari lapangan kerana kecederaan yang dialaminya.

West sendiri tercatat 14 kali masuk dalam All Star Team, namun baru satu kali memenangi pertandingan. Ia menjadi orang ketiga yang mencetak lebih dari 25 ribu mata, di mana di setiap pertandingan rata-rata ia membukukan 27 mata. Tahun 1997, West dimasukkan dalam senarai 50 pemain terbaik dalam sejarah NBA.







2013年1月1日 星期二

KENALI 16 TANDA KEMATIAN YANG MULIA

Setiap yang bernyawa, pasti akan menemui kematian... 
Gambar hiasan: Setiap manusia akan mati, bezanya cuma mati baik atau buruk sahaja
MHS berharap kita sama-sama mengimpikan Husunul Khatimah dan kita memperolehi dariNya... Amin ya rabbal alamin ...

  1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.� (Hadis Riwayat Hakim)

  2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dariBuraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: �Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.� (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas�ud)
  3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: �Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.� (Hadis Riwayat Ahmad)

  4. Mati syahid di dalam medan perang.
  5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: �Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: �Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: �Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.� Kalangan sahabat kembali bertanya: �Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?� Baginda menjawab: �Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.� (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

  6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: �Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.� (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

  7. Mati kerana tenggelam.
  8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: �Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.� (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

  9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

  10. Mati terbakar.

  11. Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu�: �Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, matitenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.� (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa�i, Ibnu Majah dan Ahmad)

  12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: �Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid,mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.� (Hadis riwayat Thabrani)

  13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. �Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.� (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa�i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
  14. Mati dalam membela agama dan jiwa. �Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapamati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.

  15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).

  16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah
sumber: melayukini

Mari Lihat Pertandingan "Mr. Singh" Di Amritsar, India (8 Gambar)


Pertandingan Mr Singh International 2012 Turban Pride ini telah diadakan di bandar Amritsar, India. Pertandingan ini juga kelihatan lebih kurang sama seperti pertandingan "Mr Universe India" yang diadakan sejak abad ke 16 lagi. Pemenang bagi tahun 2012 dalam pertandingan ini ialah Tejinder Singh, yang telah mendapat penghargaan sebagai Duta Kebudayaan Kaum Sikh.










Siapa Lelaki Yg Erat Memeluk Nasha Aziz?

Melihat kepada susuk tubuh wanita yang terdapat didalam gambar yang diberikan kepada kami ianya persis milik seorang model jelita dan juga selebriti tanah air yang sangat dikenali iaitu Nasha Aziz.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.











Manchester City Robohkan Benteng Stoke City 3-0






MANCHESTER, - Manchester City berjaya meraih mata penuh apabila menewaskan Stoke City, 3-0, dalam lanjutan Premier League di Stadium Etihad, Manchester, Selasa (1/1/2013).

City membuka peluang ketika perlawanan baru berlangsung sembilan minit. Menerima umpandari Gareth Barry, Sergio Aguero mengawal bola menggunakan dada dan dilanjutkan sepakan voli ke gawang Asmir Begovic. Sayang, bola masih melambung tinggi daripada sasaran.

Setengah jam perlawanan berjalan, Edin Dzeko memberi amaran kepada barisan belakang The Potters. Sebuah serangan balik kilat Aguero dilanjutkan umpan kepada Dzeko di sisi kanan serangan. Tanpa berusaha menggocek bek lawan, Dzeko melepaskan tendangan dari sudut sempit yang melencong jauh dari gawang Stoke.


Pada minit ke-33, lagi-lagi Aguero memperoleh kesempatan emas membungkam Stoke. Umpan manis Barry dari sisi kiri, diteruskan tandukan jarak dekat Aguero. Kembali, Begovic jadi pahlawan dengan menyelamatkan bola menggunakan kakinya.

Kebuntuan City akhirnya diselesaikan pada minit ke-43. Dari usaha Milner yang masih boleh dihentikan Begovic, Pablo Zabaleta merangsek naik ke pertahanan Stoke untuk menakluk gawang sang lawan. Skor 1-0 bertahan hingga babak pertama berakhir.

Pada babak kedua tepatnya minit ke-56, City menggandakan skor melalui Dzeko. Pemain asal Bosnia-Herzegovina itu berjaya memanfaatkan bola muntah hasil tembakan mendatar Aguero.

Aguero pun akhirnya turut menyumbangkan gol. Pada minit ke-74, Aguero berjaya menyelesaikan tugas sebagai pertanda penalti untuk membuat City unggul 3-0. Penalti diberikan setelah Silva dijatuhkan Steven Nzonzi di dalam kotak penalti. Hingga bubaran skor 3-0 tetap bertahan untuk kemenangan City.

Raihan tiga mata ini tetap tak mengubah kedudukan City di papan liga sementara Premier League. City kini mengemas 45 mata di tempat kedua, tertinggal tujuh mata daripada Manchester United yang menang kontra Wigan di perlawanan yang lain.

Manchester United Menang Besar 4-0 Keatas Wigan


WIGAN, - Manchester United menang besar empat gol tanpa balas saat bertandang ke markas Wigan Athletic di Stadium DW dalam lanjutan Premier League, Selasa (1/1/2013).

Wigan sempat tampil mengejutkan dengan menguasai perlawanan pada awal-awal laga. Lima pemain tengah The Latics mampu meredam kreativiti pemain tengah Setan Merah.

Akan tetapi, rapatnya barisan belakang MU membuat tuan rumah kerap kesukaran. Pada minit ke-12, MU sebenarnya mampu merobek gawang Wigan melalui Javier "Chicharito" Hernandez. Tapi, Chicharito terlanjur terperangkap offside.

MU mula mendominasi jalannya perlawanan. Pada minit ke-35, MU akhirnya boleh lebih dahulu membuka skor di Stadium DW. Dari sebuah kreasi Jonny Evans, Patrice Evra melepaskan tendangan keras dari jarak dekat. Bola sebenarnya boleh ditepis Al Habsi, namun bola malah mengarah ke Chicharito yang dengan mudah menjaringkan bola.

Dua minit jelang babak pertama berakhir, MU memperluaskan jarak gol melalui Robin Van Persie. Menerima umpan dari sisi kanan, Van Persie mengecoh Ivan Ramis sebelum melepaskan temndangan melengkung yang menutup separuh pertama perlawanan dengan skor 2-0 untuk MU.


Selepas rehat, MU masih menguasai jalannya perlawanan. Pada pertengahan babak kedua, MU berjaya menjaringkan gol ketiga di perlawanan tersebut.

Bermula dari tendangan bebas Van Persie yang mengena palang, Chicharito dengan cekap mampu menyongsong bola dan melepaskan tendangan voli yang merobek gawang Al Habsi.

Pesta gol MU di kandang lawan, ditutup oleh aksi Van Persie. Pada minit ke-88, Danny Welbeck berjaya mencuri bola dari kesalahan lini belakang Wigan. Tanpa egois, Welbeck memberikan umpan yang dengan mudah dilanjutkan Van Persie untuk mencatatkan nama di papan skor, sekaligus semakin selesa di puncak top skorer sementara dengan 16 gol. Skor akhir berkesudahan 4-0 untuk kemenangan MU.


Inilah Fasyen Seluar Wanita Yang Bakal Trend Di Tahun 2013


fashion

memang tidak dapat dipisahkan dari kaum wanita. Bagi mereka,

fashion merupakan cara mereka mengejawantahkan diri dan Tuntutan diri.


Oleh kerana itu mereka suka bereksperimen dengan

fashion dan mencipta gaya mereka sendiri. Dan kadang-kadang eksperimen yang mereka lakukan kelihatan fatal seperti yang terlihat pada gambar di bawah ini