2013年8月27日 星期二

NAJIB SILA PECAT TIMB. MENTERI GANGSTER!!!

Salam MHS ucapkan kepada pembaca semua..Beberapa hari ni MHS dok peratikan jer dengan apa yang berlaku dengan senario politik dan keselamatan hari ini..Tabik buat Menteri KDN yang baru yang dilihat begitu agresif (tak macam Menteri dulu) dalam membanteras jenayah serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan ancaman kepada Negara...Apa pun MHS nak tegaskan di sini bahawa MHS menyokong sepenuhnya kepimpinan kerajaan sedia ada...Tapi kalau ader "Duri dalam daging" macam "Timbalan Menteri Gangster ni, harap pihak kerajaan dapat ambil tindakan yang pantas dan betul untuk memecat beliau!!!


Dey tambi!! Blahlah


P/S : Dibawah ni pula, MHS lampirkan sekali kenyataan Menteri KDN menempelak Timb. Menteri Gangster!!

Ketegasan Zahid Hamidi Tempelak Waytha Moorthy Dipuji


Zahid for PM ! Tahniah kerana bertegas walaupun dengan sesama ahli kabinet.


Datuk Zahid hari ini mengeluarkan kenyataan keras kepada bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf P Waytha Moorthy  berhubung tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya menegaskan, pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO."

Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Waytha Moorthy, yang juga merupakan bekas pemimpin Hindraf dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno itu bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: "awak faham-faham sendirilah."

Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. -24 Ogos, 2013.





沒有留言:

張貼留言