2013年8月29日 星期四

Inilah Hotel Kapsul Di China Yang Sangat Menarik..

Inilah Hotel Kapsul Di China Yang Sangat Menarik....Mahu lihat isi kandungan ruangannya yg di lengkapi tv Lcd,Meja lektop kemudahan wifi ,almari dan tilam..dan ianya sangat murah utk semalaman..








Inilah Wajah Asli Mulan Jameela Tanpa Make-Up


Ingin tahu bagaimana wajah cantik asli Mulan Jameela? Menjadi seorang selebriti dan kerap menjadi sorotan, Mulan Jameela selalu tampil dengan polesan make-up di wajahnya. Namun, ketika ditemui di kediaman Ahmad Dhani pada Selasa (27/8/2013), Mulan kelihatan tidak memakai make-up. Bagaimana pula?




Lihat bagaimana Cara Kastam Di Rusia Menghapuskan 127 Buah iPhone 4s Dari China


Seorang lelaki China telah ditangkap kerana didapati menyeludup 127 buah iPhone 4/4S yang berjumlah RM 130,000 ke dalam Rusia. Lelaki tersebut telah disaman dan pihak kastam Rusia telah menggunakan cara di bawah ini untuk hapuskan semua iPhone palsu itu.  








 
...



2013年8月28日 星期三

Inilah Iklan Bra Tanpa Sensor Yang Pertama Dari Thailand

Selalu ada saja usaha sebuah marketing untuk membuat barangnya menarik dan selalu diingat oleh calon pelanggan. Salah satunya adalah iklan bra yang satu ini.

Bra adalah salah satu produk yang jarang diterbitkan di televisyen kerana berkaitan dengan etika penyiaran. Kalaupun ditayangkan, maka iklan tersebut akan ditayangkan pada jam-jam tertentu.

Namun salah satu pengeluar bra dan pakaian terkenal, Wacoal, membuat sebuah iklan terbuka dan tanpa sensor. Pihaknya berani membuat iklan yang sangat kontroversi dan buka-bukaan demi memperkenalkan produknya pada masyarakat. Mengapa?

Agar anda boleh membuktikan sendiri, sila lihat videonya di sini. Pastikan anda menyiapkan diri kerana iklan hot dan buka-bukaan ini akan membuat anda menahan nafas.

Nah, sudah tahu kan alasan kenapa iklan ini dibuat buka-bukaan? Seperti yang anda lihat, iklan Wacoal ini adalah pengeluaran Thailand yang terkenal dengan para 'lelaki cantik'nya.

Sebelum tergesa-gesa menjudge sebuah iklan, ada baiknya kita melihat secara menyeluruh. Sebelum kita menilai sebuah judul, ada baiknya kita membaca sampai selesai. Semoga anda cukup terhibur. | vemale.com

Lihat Videonya Di Sini

Cuma Bayar Rm50 Anda Boleh Memegang Dan Meramas Payudara Artis Jepun ini


Satu kejayaan baru kembali dihadirkan di panggung hiburan erotik Jepun pada 24-25 Ogos 2013 semalam. Bagaimana tidak? Demi sebuah aksi amal untuk mencegah meningkatnya penyakit AIDS, lima artis Japanese Adult Video (JAV) asal Jepun yakni Mercury (Yuzu), Zuhrah (Chisa), Marikh (Moe), Jupiter (Nayu), Earth (Momo), dan Neptune (Mizuki ) ini rela payudaranya diremas asalkan para pengunjung mahu membayar 1,000 yen atau sekitar Rm 50.

Alhasil, seolah tak ingin melewatkan kesempatan ini, sekurang-kurangnya ada 5597 orang yang langsung mengantri di Shinjuku, Tokyo, lokasi acara ini digelar.

Seperti diketahui, acara semacam ini sebenarnya bukanlah yang pertama kali digelar oleh pihak JAV. Dalam kurun 10 tahun terakhir, acara yang bertajuk 'Oppai bokin' ini juga selalu meraih jumlah donatur yang selalu tinggi

Para artis yang payudaranya siap diramas ini, tidak kelihatan malu ataupun sungkan saat mereka menghadapi para lelaki yang rela menyumbang demi sepasang aset milik setiap pelakon. Bahkan, acara ini digelar secara meriah dan kelihatan suasana kekeluargaan yang jauh dari unsur porno


 

Tertusuk Besi Di Dada Lelaki Ini Dapat Diselamatkan

Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah kemalangan sukan yang sangat mengerikan, dimana seorang olahragawan tertusuk kepingan besi pada bahagian dadanya hingga tembus ke belakangnya. Hebatnya orang ini boleh diselamatkan walaupun dengan luka tusuk yang sangat parah sekali.

Kejadian ini berlaku di Portugal, saat itu lelaki ini sedang melakukan olah raga tempatan kerana kesalahannya besi berukuran lebar 5cm sepanjang 1 meter menusuk dadanya. Dokterpun berusaha keras untuk melepas besi ini dari tubuhnya dengan operasi besar.

Nyawa memang rahsia Tuhan, logik manusia akan mengatakan dengan luka seperti ini pasti orang akan menemui ajal. Sekali lagi nyawa adalah rahsia Tuhan kadang orang luka kecil mampu menyebabkan kematian namun kenyataannya orang ini mengalami luka yang sedemikian parah kenyataannya dia dapat di selamatkan. Luar biasa!!










2013年8月27日 星期二

NAJIB SILA PECAT TIMB. MENTERI GANGSTER!!!

Salam MHS ucapkan kepada pembaca semua..Beberapa hari ni MHS dok peratikan jer dengan apa yang berlaku dengan senario politik dan keselamatan hari ini..Tabik buat Menteri KDN yang baru yang dilihat begitu agresif (tak macam Menteri dulu) dalam membanteras jenayah serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan ancaman kepada Negara...Apa pun MHS nak tegaskan di sini bahawa MHS menyokong sepenuhnya kepimpinan kerajaan sedia ada...Tapi kalau ader "Duri dalam daging" macam "Timbalan Menteri Gangster ni, harap pihak kerajaan dapat ambil tindakan yang pantas dan betul untuk memecat beliau!!!


Dey tambi!! Blahlah


P/S : Dibawah ni pula, MHS lampirkan sekali kenyataan Menteri KDN menempelak Timb. Menteri Gangster!!

Ketegasan Zahid Hamidi Tempelak Waytha Moorthy Dipuji


Zahid for PM ! Tahniah kerana bertegas walaupun dengan sesama ahli kabinet.


Datuk Zahid hari ini mengeluarkan kenyataan keras kepada bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf P Waytha Moorthy  berhubung tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya menegaskan, pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO."

Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Waytha Moorthy, yang juga merupakan bekas pemimpin Hindraf dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno itu bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: "awak faham-faham sendirilah."

Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. -24 Ogos, 2013.





2013年8月22日 星期四

Seram..!!. Kerana Terlalu Kerap Melakukan Skuba Diving Mata Wanita Ini Berubah

mungkin akibat terlalu kerap melakukan skuba diving...menyebabkan matanya berubah!!...entahlah!! ngeri oooo....jangan tengok lama-lama nanti sakit mata!





2013年8月21日 星期三

Seorang Anak Di China Sanggup Membiarkan Ibunya Tinggal Di Kandang babi


Benar-benar anak durhaka seorang anak China boleh dikatakan anak durhaka kerana telah meninggalkan sang ibu dan membiarkan orang yang melahirkannya tersebut dalam kandang babi. Sungguh ini sangat mengharukan dan durhaka, bagaimana boleh seorang anak dapat berlaku seperti itu kepada ibunya sendiri yang sudah tua.

Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bualan di media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat tua, usianya sudah 100 tahun. Diberitakan Telegraph minggu, komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun bersama-sama babi-babi.

Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku senang dan kerasan tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni lalat. "Ia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen.


"Apakah yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia dapat merasakan hari-hari bahagia selepas 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo. Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.

Gu Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya untuk hengkang dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku kerasan. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.

Kumpulan Rock Muslimah India Diancam Rogol & Bunuh


New Delhi: Sebuah kumpulan rock yang seluruh ahlinya terdiri daripada wanita Islam membatalkan pertunjukannya di Kashmir setelah menerima ancaman rogol dan bunuh. Ancaman itu antara lain disampaikan melalui Facebook.

"Pragaash", nama kumpulan ini, terkenal setelah menerima banyak penghargaan pada usianya yang baru berumur setahun jagung. Namun sejak itu mereka juga menjadi sasaran serangan pihak ekstremis.. Ancaman yang dilontarkan di Facebook telah dilakukan berkali-kali oleh sejumlah orang yang besar.

Pengancam itu mengatakan ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Pragaash yang memabawa maksud "cahaya", selain mereka patut diperkosa dan direjam di sungai.

Di halaman Facebook Kashmir News, ancaman juga turut dilontarkan. Dengan mempamerkan gambar kumpulan itu, pengancam menulis, "Secara peribadi, saya menganggap mereka sebagai anak yang tidak tahu malu."

Anggota band, Farah Deeba (gitaris), Aneeka Khalid (vokalis), dan Noma Nazir (gitaris) menolak untuk membicarakan masalah ini. Namun mereka dikhabarkan sangat terancam dengan ancaman tersebut. Kini mereka bersembunyi di sebuah tempat di New Delhi.

"Mereka kecewa. Mereka menangis, tetapi aku cuba meyakinkan mereka untuk terus bergiat aktif" kata Adnan Mattoo, pemilik Band Inn, sebuah akademi muzik yang melahirkan kumpulan ini. "Mereka hanya lah anak remaja 15 tahun yang masih terlalu muda untuk menghadapi ancaman seperti itu.

Menteri Besar Jammu dan Kashmir, Omah Abdullah, menyatakan sokongannya terhadap kumpulan muzik ini. Ia berharap "segelintir orang bodoh tidak akan mencengkam minat mereka".

"Memalukan, mereka menggunakan kebebasan berbicara melalui media sosial dan kemudian menggunakan kebebasan itu untuk mengancam anak perempuan yang memiliki hak untuk bernyanyi," kata Omah. -



2013年8月20日 星期二

DISEBALIK GERAKAN ISLAM MESIR DAN MALAYSIA


Pembebasan Hosni Mubarak bakal menyaksikan situasi ketegangan di Mesir menjaidi bertambah buruk. Pastinya akan wujud usaha untuk menabalkan semula Hosni sebagai Presiden Mesir atau kuasa penentu di belakang kepemimpinan rejim tentera sedia ada. Nampaknya masa depan Ikhwanul Muslimin lebih kelam apabila terpaksa berhadapan dengan genosid besar-besaran hasil operasi balas dendam Hosni.

Dengan hampir tiadanya sokongan ketenteraan dari mana-mana negara, Ikhwanul Muslimin bakal "dipupuskan" terus dari muka bumi ini, sepertimana parti-parti politik dan pertubuhan penentang pemerintahan keluarga Saud di Arab Saudi dan UAE. Walaupun Turki tampak lantang berbanding negara-negara Islam yang lain, namun Erdogan sedar bahawa kedudukannya juga sentiasa dikawal selia oleh pihak Tentera Sekular yang berkiblatkan US. Boleh dikatakan harapan untuk melihat kebangkitan bersenjata oleh penyokong Ikhwanul Muslimin, hatta rakyat biasa Mesir yang mahu menegakkan kebenaran hampir mustahil kerana kesemua kuasa besar dunia Arab kini berpihak kepada Tentera Mesir.

Inilah bijaknya kepimpinan tentera Mesir. Ketika arus Arab Spring melanda Mesir, mereka turutkan sahaja dan berpura-pura membantu rakyat menumbangkan Jeneral mereka sendiri. Walhal, mereka sedang mengatur langkah balas apabila semua sokongan luar sudah bersama mereka, maka tiada siapa yang dapat mengambil apa-apa tindakan walaupun pembunuhan beramai-ramai orang awam berlaku.

Pada hemat kami, dalam menegakkan agenda dan perjuangan Islam, slogan dan jeritan takbir sahaja tidak mencukupi. Malah logo tanda empat jari itu juga tidak akan menumbangkan Kerajaan rejim ganas walau seluruh dunia melakukannya, kerana tiadanya strategi bijak dan tersusun untuk dilaksanakan. Samalah situasinya di Malaysia ini. Kalau setakat bertakbir atas jalan raya dan paling pandai memanjat pokok tinggi untuk mengibarkan "panji-panji Islam", ia bukan bermakna Islam sudah menang dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Lihat sahaja di Selangor.

Apa yang mengganggu pemikiran kami adalah gerombolan penyokong PAS terutamanya di laman-laman FB Mesir yang menghasut para pelajar supaya tidak pulang ke tanah air untuk syahid. Apakah bodoh, dungu dan tidak bertanggungjawabnya kenyataan itu? Siapa mereka untuk mengatakan mereka boleh syahid di Mesir dan tidak perlu jadi pengecut untuk balik ke tanah air? Apakah para pelajar kita tidak punya keluarga di sini?

Para pemimpin PAS juga nampaknya begitu ghairah mengambil kesempatan dengan pelbagai nukilan artikel dan kenyataan media yang menyentuh perasaan. Ya, mereka memang bijak mengambil peluang, tetapi apakah yang mereka lakukan selain membantah secara bertulis dan mengerahkan orang lain memekik-mekik di luar kedutaan Mesir? Tidakkah mereka selidik dahulu adakah pihak yang mereka maki dari luar bangunan kedutaan itu mungkin juga anggota pentadbiran Morsi dan ahli parti Ikhwanul Muslimin yang tidak dapat pulang? Sebab itulah DAP selalu menguasai keadaan dalam Pakatan Rakyat. PAS memang ramai dari segi penyokong, tetapi akal mereka sentiasa dikuasai emosi yang tiada hala tuju yang jelas.

Lebih jelik apabila mereka cuba pula menempelak kepimpinan UMNO dan BN kerana tidak berkeras dengan Mesir. Apakah tindakan mereka lebih baik daripada pemimpin Kerajaan yang terus ke Mesir untuk menyelamatkan rakyat dan pelajar kita, tanpa mengira fahaman politik? Anda jawab sendiri.

Sebab itulah, selagi perjuangan Islam itu tidak didasari dengan akal dan pemikiran yang tuntas, maka terus-terusanlah umat Islam menjadi mangsa kerakusan mereka yang berkedudukan dan berkuasa sehingga ke akhir masa nanti. Wallahu'alam.

KRISIS MESIR: MALAYSIA LANCAR OPS PIRAMID II


PUTRAJAYA 20 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam ini, selepas kerajaan mendapati pergolakan di negara itu semakin tidak menentu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamad Thajudeen Abdul Wahab yang kini berada di Kaherah untuk memantau perkembangan krisis di sana.
''Saya sudah dapat laporan bahawa keadaan di sana menjurus kepada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.

''Oleh itu, pasukan MKN beri pandangan dan nasihat supaya kita mulakan operasi membawa balik pelajar-pelajar yang ingin kembali secara sukarela dan saya bersetuju dengan pandangan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain.
Perdana Menteri berkata, mulai malam ini, kerajaan akan menempah tiket-tiket tertentu dalam penerbangan awam melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki dan beberapa tempat lain untuk membawa pulang para pelajar.
Perdana Menteri berkata, beliau dan Muhyiddin sudah berbincang dengan Universiti Al-Azhar untuk menentukan kaedah peperiksaan bagi pelajar yang kembali ke tanah air.

''Kita telah tetapkan dalam apa jua keadaan, mesti utamakan keselamatan pelajar. Kita tidak akan melengah-lengahkan lagi seandainya keadaan mungkin menjadi lebih serius, lebih genting dan lebih berbahaya.
''Tindakan untuk melindungi dan memelihara keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan," katanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menggunakan pesawat Charlie C130 kerana membabitkan masalah logistik yang lebih berat dan perbelanjaan yang lebih tinggi kerana pesawat tentera itu tidak boleh melakukan penerbangan jarak jauh pada satu-satu masa.

Menurutnya, segala urusan terperinci membawa pulang kumpulan pelajar dari Mesir akan memakan masa kerana tertakluk pada kekosongan tempat duduk yang boleh diperoleh dalam penerbangan dari sana.
Najib berkata, usaha membawa pulang pelajar dari Mesir ekoran krisis politik di negara itu yang sudah masuk kali kedua sejak 2011 turut mendorong kerajaan untuk melakukan sesuatu pada masa hadapan.
''Kita sedang fikir perkara ini, Universiti Al-Azhar merupakan sebuah universiti terkemuka dan tersohor, namanya terbilang.

''Kita kena kaji sama ada boleh bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar untuk buat (buka cawangan) di Malaysia ataupun alternatif lain tetapi dari segi pengajian Islam," katanya.
Pada 2011 kira-kira 11,000 pelajar Malaysia dibawa keluar secara berperingkat menerusi Op Piramid ekoran konflik berdarah yang melanda Mesir selepas rakyatnya berdemonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Sementara itu, Najib berkata, belum ada persetujuan dicapai bagi mengadakan persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan krisis di Mesir.

Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan pergolakan di negara itu sebagai isu dalaman mereka.
''Perkara paling penting sekarang ini ialah mengurus pelajar-pelajar kita di Mesir dan pada masa ini, kita sedang mengkaji dengan teliti situasi di sana," katanya.




� Utusan Melayu (M) Bhd 

DOA PERMUDAHKAN REZEKI , MAJU PERNIAGAAN!


DOA KETIKA MEMBUKA PINTU TINGKAP RUMAH/ KEDAI / KAWASAN PERNIAGAAN




AYAT SERIBU DINAR 





  • Diamalkan di dalam solat 5 waktu - Allah akan memurahkan rezeki dan mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat. 
  • Ditolak segala kesulitan dan kesusahan. 
MHS ucapkan selamat beramal dengannya. :-) 

VIDEO HARAPAN SEORANG USTAZ DARI PARTI KEADILAN RAKYAT . APA PENDAPAT @AzharIdrusSays ?? @wanji_bakistani

Ustaz DARI PKR 
MHS berpendapat kita sekarang ini tidak sabar menunggu zaman khalifah Islam, dia sibuk tunggu zaman Republik. Ustaz apakah ini? Tonton video 3minit ini dengan sabar...




TERKINI! PEMILIK HELIKOPTER SPY TUMPAS!


Pemilik helikopter yang didakwa mengintip Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong
 telah menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Cheras semalam.
Dua lelaki berusia 39 dan 47 tahun tersebut bagaimanapun menafikan berniat mengintip rumah Wee sebaliknya mengatakan hanya mahu menguji helikopter tersebut, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh.
"Mereka mendakwa telah menguji helikopter tersebut untuk mengambil gambar di kawasan berkenaan," kata Mohan yang dipetik berkata dalam sebuah laman portal MStar.
Mohan kemudiaan berkata setakat ini pihak polis tidak menemui sebarang motif dalam siasatan mereka, serta mendedahkan kedua-dua individu tersebut bukan ahli politik mana-mana parti.
Pada 16 Ogos lalu, Wee dalam satu sidang media mendakwa terdapat sebuah sebuah helikopter kawalan jauh merakam video rumahnya di Bukit Kiara secara rahsia baru-baru ini.
Beliau mendedahkan helikopter dengan enam kipas (hexacopter) yang dilengkapi kamera itu ditemui di atas bumbung balkoni rumahnya pada 8 Ogos lalu oleh jirannya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun.
Wee kemudiannya menonton video tersebut yang dirakam dari helikopter mendapati ia dilakukan oleh dua orang lelaki.
Mereka menggendalikan helikopter itu dari satu gelanggang bola keranjang terbuka untuk merakam video rumah Wee dan jiran-jirannya.
Menurut Wee, berdasarkan kajian yang dilakukan melalui internet, sebuah kamera dalam hexacopter bernilai AS$399 (RM1,309) biasanya digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat untuk mengesan pergerakan pengganas.
"Adakah saya seorang pengganas? Mengapa saya mesti tertakluk kepada semua ini? Sila berlaku adil kepada saya," kata Wee.
Beliau berkata terdapat lima rakaman video dalam kamera dan salah satu daripadanya jelas menunjukkan wajah dua lelaki di belakangnya.
"Salah satu daripada mereka yang terlibat dipercayai dari China. Dia bercakap loghat Cina yang pekat dalam video itu," katanya.
Kejadian ini dipercayai berlaku menjelang pemilihan MCA yang akan berlangsung tidak lama lagi. - 20 Ogos, 2013.

2013年8月19日 星期一

BENDA-BENDA YANG SANGAT PELIK BERLAKU DI MALAYSIA! KAMON LAH MALAYSIAN!


Penang: 5 penjenayah tumpas setelah berbalas tembak dengan polis.Tahniah  kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah seblm penjenayah mati ditembak.


YANG PELIKNYA:DAP cuba jadi wira kepada kelima-kelima penjenayah ini dgn cara:1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puashati pada polis.2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.4. Menggesa NGO lain termasuk bar council/suhakam kutuk polis.


FAKTA:1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh. 

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa. 
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA. 

fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain. 

Bantu lah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!

Kerana Terlalu Kaya,Wanita Cantik Ini Membakar Duitnya

Semua orang tentu senang jika mempunyai banyak wang, boleh membeli barang mewah dan keliling dunia sesuka hati tanpa perlu bekerja keras. Tapi .. jika ada orang kaya yang tidak bijak terhadap kekayaannya dan pamer secara berlebihan, boleh boleh orang lain marah dan memberi kecaman.

Gadis cantik ini bernama Gao Yue Er, dia adalah anak orang kaya yang tinggal di China. Seperti remaja pada umumnya Gao Yue Er senang bergambar dan membaginya di dunia maya. Malangnya, bukan foto seru dengan rakan-rakannya yang dipamerkan, tetapi foto barang-barang mewah miliknya dan setumpuk wang yang jumlahnya.

Walaupun foto pamer harta yang dilakukan para remaja kaya sedang menjadi trend di China, foto-foto Gao Yue Er dianggap berlebihan dan keterlaluan. Dia mempamerkan foto beg dan kasut berjenama yang berharga puluhan juta ringgit. Gao Yue Er juga mengambil gambar dirinya berselimut tumpukan wang. Bahkan, gadis ini seolah ingin memperlihatkan bahawa dia kebanyakan wang dan berpose dengan pemetik api menyala untuk membakar wang.

Melihat foto-foto Gao Yue Er beredar di dunia maya, masyarakat China mengeluarkan reaksi berupa kemarahan dan kecaman. Sila jika ingin menggunakan wang peribadi untuk bersenang-senang, tetapi tidak perlu sampai mempamerkan kekayaan secara berlebihan, demikian rata-rata tanggapan para pengguna internet.






Model Pakaian Dalam Ini Sekarang Sudah Menutup Aurat Dan Bertudung

Roda kehidupan akan terus berputar tanpa henti, banyak orang yang semakin buruk dan tak sedikit pula orang yang semakin baik. Terkadang kita tidak pernah sedar kesalahan - kesalahan yang kita lakukan saat ini, banyak sekali jalan yang baik dan benar untuk kita jalani namun justru kita sering memilih jalan yang salah untuk mendapatkan yang kita inginkan. Seperti yang di lapor Carley Watts (24), model glamor yang biasa menjadi model pakaian dalam, merubah penampilannya dengan menutupi tubuhnya dengan tudung. Langkah itu ia lakukan setelah dirinya memutuskan menjadi mualaf dan hendak berkahwin dengan seorang pegawai penjaga pantai asal Tunisia, Mohammed Salah (25).



Model asal Dearham, Norfolk ini bertemu dengan Salah sekitar bulan April lalu. Keduanya jatuh cinta hingga akhirnya memutuskan untuk segera menikah. Keputusan itu pun mengejutkan rakan-rakannya. Kepada The Sun, Minggu (18/8/2013), ia mengatakan bahawa rakan-rakannya memang tak percaya atas keputusannya tersebut



Ia mengatakan bahawa dirinya tak ingin lagi menjadi model glamor yang lekat dengan kehidupan malam. Dimana dirinya kerap kali mendatangi satu kelab malam ke kelab malam lainya dengan mengenakan pakaian seksi yang mengumbar kemolekan tubuhnya. "Saya tidak ingin seperti dulu lagi," katanya. Sebagai model glamor, tambahnya, ia selalu mempamerkan belahan payudaranya, berpakaian dengan pakaian mini dan kerap kali bertindak keterlaluan. Tak jarang ia juga mabuk minuman keras dan menari sepanjang malam dengan hanya mengenakan pakaian dalam saja. "Sekarang kehidupan saya berubah atas dasar keyakinan, saya tak bimbang," tambah janda satu anak ini. Ia menambah bahawa kehidupannya kini sangat membahagiakan baginya. Ia baru merasakan dimana perempuan diperlakukan secara terhormat.

Model Cantik Dan Seksi Thailand Ini Ternyata Seorang Lelaki

Melihat kecantikan dan postur tubuh yang sexy model asal Thailand ini tentu anda tidak akan menyangka bahawa model kelahiran tahun 1986 ini sebenarnya terlahir sebagai seorang lelaki. Namanya Nong Poy, selama bertahun-tahun dirinya menyedari bahawa dirinya sebetulnya adalah seorang perempuan yang dilahirkan dengan kelamin laki-laki. Kehidupan sehari-harinya dia jalani sebagai seorang perempuan namun dengan organ sexual lelaki, hingga akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan ganti kelamin, hasilnya kini dia menjadi perempuan seutuhnya baik secara fizikal mahupun kejiwaan, berikut ini foto-fotonya.



                              

NAMA-NAMA YANG SELALU ORANG MELAYU BAGI TETAPI DILARANG DALAM ISLAM!!





NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM�

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama �zana�, bunyinya sedap sekali tapi maknanya �berzina� atau pun nama �wati� yang bererti �bersetubuh�. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :

1. Balqis � ketua jin

2. Qistina/Kistina � penghulu jin

3. Najwa � bisikan

4. Zaqwan/Zaquan � anak jin

5. Haikal/Haiqal � tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit �berat� dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami�ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah

F
Faji�ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah

G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan

J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali�ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati�ah Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La�imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk

M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi�ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina

S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani�ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun

T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi�ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa

Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh


SELAWAT SYIFA' ELOK DIAMALKAN ! KENALI KHASIATNYA!



KHASIAT SELAWAT SYIFA�

1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.

2. Meransang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2 pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.

Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

MAHFUZ SOKONG TINDAKAN LUCUT KERAKYATAN!



KUALA LUMPUR - Pas hari ini menyokong tindakan kerajaan yang melucutkan taraf Pemastautin Tetap (PR), pengurus resort Sedili, Johor.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan yang diambil wajar sekiranya didapati pengurus resort tersebut telah melanggar undang-undang atau perkara yang mengabaikan sensitiviti rakyat negara ini.

"Kerajaan perlu memperkemaskan semula prosedur atau syarat seseorang warganegara asing untuk mendapatkan PR atau status warganegara Malaysia.

"Ia amat wajar. Itu baik kerajaan tarik balik jika ia memang salah.

"Kita kena lihat sejauhmana orang yang dapat taraf PR atau kewarganegaraan tetap itu memahami undang-undang, dan prinsip negara kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menarik balik taraf PR pengurus resort  yang terlibat dalam kontoversi menyalahgunakan surau di negeri selatan tanah air itu serta merta.

Perkara itu turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, kerajaan juga perlu bertegas dalam isu ini dan tidak sewenangnya menerima pemohonan individu yang berhasrat untuk mendapatkan PR dan status warganegara di Malaysia.

"Jangan ikut saja nak bagi pada sesiapa PR dan kewarganegaraan," katanya.



P/S: Bagus , Mahfuz, kita wajib bersatu melindungi hal yang melibatkan ISLAM dan kepentingan ummah!!